Saturday, 24 March 2012

Musuh yang membantu

Asalamualaikum

Izuddin: 
Anda mungkin tidak berkawan rapat dengan musuh anda. Tetapi ambillah kritikan musuh anda secara positif untuk meningkatkan dan memperbaiki kelemahan diri anda.

Dalam pergaulan, kadang-kadang kawan tidak sampai hati hendak menyatakan kelemahan kita. Dalam kehidupan seharian, jika ada orang yang tidak menyenangi kita, biasanya individu tersebut akan menyatakan kelemahan kita dan mengkritik kita.

Justeru itu, cara terbaik untuk mengatasi perkara seumpama ini adalah dengan mengambil kritikan daripada musuh kita secara positif dengan memperbaiki kelemahan kita.

Sebab itulah Hassan al-Basri pernah menghadiahkan kepada orang yang suka mengumpat terhadapnya. Ini kerana beliau mengambilnya secara positif.


sumber " RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL "- Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali

Sunday, 11 March 2012

Allah Malu

Asalamualaikum

Daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


''Sesungguhnya Allah Taala itu hidup lagi mulia.Ia berasa malu apabila seseorang itu mengangkat kedua-dua belah tangan kepada-Nya lalu ia menolaknya dalam keadaan kosong dan kecewa kedua-duanya.''

(Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)

Allah malu kepada hambanya yang berdoa kepada-Nya,tetapi tidak dimakbulkan doa yang dipohonkan.


Apa lagi,berdoalah dan ikutlah syarat-syarat berdoa pada masa yang dituntut seperti selepas solat,hari Jumaat,ketika Qiamullail.Di samping itu jangan sesekali lupa untuk berusaha.

sumber '' RENUNG-RENUNGKAN&SELAMAT BERAMAL-Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali ''