Sunday, 10 November 2013

Ya Tuhan ..

Asalamualaikum

Semangat aku hilang. hanya boleh jumpa kembali bila aku cari Dia.
Dia yang pegang hati
Dia yang pegang jiwa
Dia yang jatuhkan aku
Dia jugak yang bangun dan dakap aku semula
Bukan manusia
Bukan kau

hanya Allah SWT 

Saturday, 24 March 2012

Musuh yang membantu

Asalamualaikum

Izuddin: 
Anda mungkin tidak berkawan rapat dengan musuh anda. Tetapi ambillah kritikan musuh anda secara positif untuk meningkatkan dan memperbaiki kelemahan diri anda.

Dalam pergaulan, kadang-kadang kawan tidak sampai hati hendak menyatakan kelemahan kita. Dalam kehidupan seharian, jika ada orang yang tidak menyenangi kita, biasanya individu tersebut akan menyatakan kelemahan kita dan mengkritik kita.

Justeru itu, cara terbaik untuk mengatasi perkara seumpama ini adalah dengan mengambil kritikan daripada musuh kita secara positif dengan memperbaiki kelemahan kita.

Sebab itulah Hassan al-Basri pernah menghadiahkan kepada orang yang suka mengumpat terhadapnya. Ini kerana beliau mengambilnya secara positif.


sumber " RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL "- Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali

Sunday, 11 March 2012

Allah Malu

Asalamualaikum

Daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


''Sesungguhnya Allah Taala itu hidup lagi mulia.Ia berasa malu apabila seseorang itu mengangkat kedua-dua belah tangan kepada-Nya lalu ia menolaknya dalam keadaan kosong dan kecewa kedua-duanya.''

(Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)

Allah malu kepada hambanya yang berdoa kepada-Nya,tetapi tidak dimakbulkan doa yang dipohonkan.


Apa lagi,berdoalah dan ikutlah syarat-syarat berdoa pada masa yang dituntut seperti selepas solat,hari Jumaat,ketika Qiamullail.Di samping itu jangan sesekali lupa untuk berusaha.

sumber '' RENUNG-RENUNGKAN&SELAMAT BERAMAL-Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali ''

Sunday, 29 January 2012

family | western | macaroon | KLCC

Asalamualaikum

Hm..korang layan gambar jela ye.aku tetiba tak ada idea nak taip apa. kosong ! blurrr ..!! memang aku buat blog ini untuk menempek gambar aje. sampai kawan aku sendiri tegur kalau nak buat entri baru, kasi laa karangan sikit.but heyy.. gambar menceritakan segalanya ok. tapi takpe setiap gambar ada huraiannya.dun worry laa.hehe.. so enjoy.. (^^)


aku ritu ada makan kat area taman keramat, FISKE STEAKHOUSE. mak aku suggest makan kat situ sebab berbaloi kalau nak western food. bagi aku ok laa. not bad :)
 taraaaa
  ini menu yang aku pilih..
special beef steak (grilled)
  • searve with coleslow
  • fresh vegetable
  • baked potato
  • mashed potato
  • yang specialnya adalah spaghetti
  • harga RM16.00 sahaja
yang ini pula 

bread butter pudding with
  • cremel sauce and vanilla
  • ice-cream
  • RM6.50 sahaja

yesss ini laa gaya orang hidup senang lepas makan western (its me)
Y(^.^)Y
then lepas dinner semua tu mak aku suggest plak nak pergi KLCC
hahaha
penuhi permintaan aku sebenarnya
yela aku nak sangat makan macaroon kat sana
last last pergi juga..
never expect bila mak aku ajak pergi sana
tapi kalau da ajak aku on sajaaa..
hehe..

muka budak tak ada perasaan.hahaha

aummmm~~

fyi gambar adik aku lagi banyak daripada aku sebenarnya
so aku letak aje laa gambar dia :)


 ok balik pada cerita yee
aku beli macaroon ini kat chocolat world
stall kecil sahaja
aku beli adalah dalam 3biji macaroon camtu
setiap macaroon berlainan perisa yee
hazelnut | red velvet | chocolate


 hm setakat tu jela kot
aku pon tak tau nak letak gambar ape agi
so ini jela buat untuk tatapan umum
huhu :)

-the end-

Friday, 27 January 2012

2 0 1 2

Asalamualaikum

macaroon

>.<

minta maaf sesangat kepada sesiapa yang tunggu lama pasal kita nak update blog ini
sumpah kering idea
kenapa dengan macaroon?
hm tak rasa ke ianya comel
yess comel comel pon tahu tak harga sebijik macaroon bape?
mengikut kata kawan rapat la en
sebijik macaroon yang ukurannya lebih kurang duit syiling 50sen : RM4.00
macam tak percaya

11/2/2012
insyaAllah kita akan pergi KLCC
shopping makan
kalau jadi laa
hehehehehe
kepada : Aezaty Ainulain Ahmad

jangan lupa janji kita ok :)

minta maaf sekali lagi sebab banyak merapu
entri kali ini buat syarat untuk tahun 2012
kbai :D


Monday, 26 December 2011

Universiti Teknologi Malaysia

Asalamualaikum

JUMAAT 23/12/2011
YESZAA. aku baru jerr balik dari utm. selama 4 hari aku duduk sana. ingatkan nak duduk sana 3hari jerr. pastu sebabkan hari ke 3 tu hari krismass then fikir fikir balik mesti tak ada bas enn. so aku dengan ilha pon decided nak balik hari isnin. Makanya, duduk sana 4hari 3malam. hehe. even baru bape hari duduk sana, aku rasa macam dah duduk lama jerr. totally memang seronok sangat. sampai boleh lupa uthm. haha. sorry sygg :p aku pergi hari jumaat. kira petang aku bertolak. dalam pukul 2 bas dari Batu Pahat terus ke Johor Baharu. sejam juga nak sampai sana. tapi tak rasa lama pon :D tiket bas BP-JB rm8 lebih. sampai sana jerr terus cari teksi. kena plak rm10. kira seorang rm5 ajerr. pastu cari kolej kediaman tun hussein onn dimana tirah duduk blok situ. susah juga nak mencari sebab dalam utm tersangat laa besar. melilau mata nak cari nama blok. L04 :) uish kalau nak mencerita secara detail kang jenuh aku nak menaip. nak dipendekkan cerita pukul 6 aku dengan member member lain turun pasar malam. dekat dengan Taman Universiti. bayangkan dengan hujan kitaorang redah hujan. memang melecun laa enn. tapi best laa juga. even pergi pasar just beli kopok lekor ajerr. hehe. lagipun da janji dengan dayah enn nak makan malam dekat kafe. balik utm jerr aku terus ke blok dayah. K11. duduk sana untuk bermalam. 

SABTU 24/12/2011
keesokkan harinya aku, dayah, azi, noey dengan jiha decided nak pergi shopping shopping. area JB. SUTERA MALL. serius aku kata best gilaa shopping sana. sebab banyak barang menambat hati aku. aish banyak juga duit aku terbang beli barang. beli beg,sandal dengan baju T.T untung lahh bawa duit lebih. kalau tak memang aku just cuci cuci mata aje laa. keluar dengan teman teman dayah memang menyeronokkan. diorang jenis supporting abiss laahh. setiap masa ada aje gelak tawa kitaorang :'>



 


AHAD 25/12/2011
keesokkan harinya pula aku just duduk dalam u ajerr. pergi makan tengahari dengan dayah and the gengnya. alang alang tu aku pun amik kesempatan jalan jalan area utm. tak semua tempat aku singgah. penat juga aku pergi round round area sana. bayangkan lahh kawasan berbukit en. nak pergi kafe pun guna jalan jauh. tapi aku tak kesah. boleh juga tengok tengok kawasan sana. yess sana banyak pokok. nyaman tengok benda hijau hijau ini.singgah kat pokok rambutan. haha part ini paling seronok. kesanggupan kitaorang memetik buah rambutan. kelakar bhai :D malam tu pula lagi best sebab dpat makan dominos. H E A V E N. seronok sangat. bergelak ketawa :D 


ISNIN 26/12/2011
rindu pula kat uthm. hari untuk balik. overall sangat seronok. puas hati jumpa member member matrik.even tak semua aku boleh jumpa. iyelah ramai balik enn. so balik dalam pukul 2. tunggu akak delivery sampai kul 3 hantar aku dengan ilha dekat terminal bas. bas sampai pukul 3.30 tiket bas dalam rm10.60 sampai uthm dalam pukul 5 ;)


-the end-

Sunday, 11 December 2011

Pangkor

Asalamualaikum

haiyoo. Pangkor bulan lepas pegi .skunk bru nk update.haha . mcm biasa la en .pegi Pangkor ni under Videorgrafi .aku pegi 25/11/2011 . malam jumaat bertolak ke Pulau Pangkor . best sgt sbb dpt dua seat tuk aku sorang aje duduk. HEAVEN~ xsuka berhimpit :p so kteorg bertolak dr kul 9mlm. sampai kat jeti Lumut kul 6pagi :D nek feri then sampai la kt Pulau Pangkor. check-in kul 12tgahari.agak lame la jgk kiteorg menunggu sbb kiteorg smpai pon pagi en.pastu gi la pantai dulu.snap byk2 gmbr.then tgok ada org sewa basikal 2JAM RM2 !! amik kesempatan untuk berbasikal bersama (ILHA&AEZATY&SYIKIN) haaa seronok sgt !! :'> kteorg round2 satu pulau (melampau) tgok pemandangan menghijau.haaa seronok la >.< enjoy gmbr k.trimass




hahaha.xbole blah yg dok depan tuk.cm mak nyah aku tgok XD


tempat sewa kereta.opss sewa BASIKAL :P


main kotak beracun. permainan ini bole wat aku xsenang duduk tahuu T.T 


oh hauwww.dats me >.< candid lorhh


gmba2 semua ini bukan laa dr kamera aku sendiri. pakai dslr kot. aku pnye kamera cikai2 je -_- xmungkin laa enn .huhu~

-The End-